Friday, January 30, 2009

Hamil menggunakan ubat homeopati


Terasa Cuti Tahun Baru Cinai ini agak lama kerana banyak perkara yang tersangkut. Diantaranya penghantaran produk madu yang dipesan khas dari Sabah belum sampai lagi. Kotak dan label sedang dicetak dijangka dapat diserahkan pada 5 Feb 2009. Kotak bungkusan masih belum selesai perundingan kerana sales exec syarikat pembekal terlibat kemalangan. Alhamdulillah, design terbaru kotak, label, brosur dah siap cuma perlu dihantar ke syarikat percetakan. Begitu juga logo dan kad perniagaan yang baru. Tahun baru ini dimulakan dengan semua yang baru dan segar dalam menghadapi suasana ekonomi muram. 

Dalam masa yang sama, program referal RajaMinda masih lagi dalam pembinaan. Dijangka siap hujung Februari ini. Belum pun siap sepenuhnya program ini, nampaknya ramai yang berminat untuk menyertainya malahan pada hari Isnin 2 Februari ada Marketing Executive Oriva berminat untuk berbincang. Dialu-alukan cuma bende belum siap jadi tidak berapa seronok untuk mempersembahkannya.

Perancangan untuk kem rawatan Chikungunga dan persiapan sedang dibuat. Terpaksa gunakan semua peralatan dan ubatan sendiri memandangkan lebih mudah menggunakan apa yang biasa dipraktikkan.

Hari ini ada sepasang suami isteri yang sudah 2 tahun berumahtangga tetapi masih belum ada cahaya mata. Rupa-rupanya mereka mendapat maklumat daripada seorang teman yang hanya dua kali mendapatkan rawatan tetapi syukur telahpun menimang cahaya mata. Penawar untuk mudah mengandung ini mungkin akan saya komersilkan dimasa hadapan. Diwaktu yang sama, pasangan ini merupakan usahawan membuat sticker kereta. Tepat dengan waktunya, saya mencari syarikat yang boleh mencetak 'batch' kalis air untuk projek RajaMinda. Dia juga memuji kecantikan logo RajaMinda. Saya akan berikan edisi istimewa ini untuk promosi, pengenalan dan jaringan Kelab RajaMinda.

Berbalik kepada kisah kehamilan. Saya berpendapat setiap pasangan jangan terlalu segera sangat untuk mendapat cahaya mata bila berkahwin. Sebaik-baiknya selepas 2 tahun perkahwinan barulah merancang untuk mempunyai cahaya mata. Ini adalah kerana dalam tempoh 2 tahun pertama perkahwinan adalah merupakan masa untuk berbulan madu pasangan bagi mengenali hati budi masing-masing termasuklah keluarga sebelah mertua dan ipar duai. Sekiranya dalam tempoh 2 tahun ini segalanya berjalan lancar dan pasangan amat mengenali hati budi masing-masing dan boleh menerima kelebihan dan kekurangan pasangan disamping kekuatan ekonomi lebih stabil maka masa inilah amat sesuai untuk menadpatkan cahaya mata. Sebaliknya, jika berlaku sesuatu seperti ketidakserasian pasangan atau lain-lain masalah, keputusan untuk berpisah amat mudah diambil dan tidak melibatkan banyak pihak. Namun, sekiranya sudah mempunyai cahayamata, keputusan amat sukar dibuat malahan ada yang sanggup berkorban perasaan demi menjaga perasaan orang lain lebih-lebih lagi perasaan anak.  Jika berlaku juga, kita seringkali dapati, banyak masalah yang timbul seperti perebutan hak penjagaan anak, turun naik mahkamah, soal nafkah anak yang terabai, tanggungjawab yang tidak tertunai terhadap anak biarpun sudah bercerai dan trauma serta pasangan yang sukar untuk mendapat pasangan yang baru kerana sudah ada anak.

Pendekata, selepas 2 tahun perkahwinan hingga tahun ke 5, sekiranya masih belum mendapat cahaya mata, baharulah boleh mendapat khidmat nasihat daripada pakar. Namun begitu, realitinya pihak keluarga yang seringakli mengusik menjadikan pasangan ini terpaksa berbuat sesuatu. Ada banyak cara untuk membantu pasangan mendapatkan zuriat namun apa yang ingin saya dedahkan ialah pendekatan yang saya gunapakai untuk membantu pasangan ini. 

Pasangan mestilah sihat dan lebih baik sekiranya telah membuat pemeriksaan dalaman termasuk pengiraan sperma dan struktur sistem pembiakan wanita. Selepas itu, persediaan mental untuk mendapatkan cahayamata mestilah ada pada kedua-dua pasangan dan bukan atas desakan mana-mana pihak. Selesai pemeriksaan, ubatan yang sesuai akan diberi. Tempoh  rawatan ialah 6 bulan dimana ubat diambil setiap bulan sehingga hamil oleh kedua-dua pasangan. Ada yang bertuah mendapat cahayamata hanya dengan sekali rawatan sahaja. Pasangan perlu mementingkan gaya hidup yang sihat dan cara pemakanan yang boleh menambahkan lagi tahap kesuburan. Teknik penentu masa subur juga amat penting. Pelbagai cara boleh digunakan seperti menggunakan alatan pengukur tahap hormon, suhu badan, kelikatan cairan faraj, edaran haid dan naluri seksual. Yang penting sekali doa dan solat menambahkan lagi peluang untuk mendapat zuriat.

Terasa puas bila mendengar maklumbalas daripada pesakit dan ini menambahkan semangat untuk terus berbakti membantu sesama insan. 

2 comments:

  1. salam doktor..
    perubatan homeopati kini sudah semakin meluas cuma tidak diuar-uarkan agar lebih dikenali oleh pengguna atau orang ramai. Mungkin ramai yang masih sangsi akan keberkesanannya di samping tiada pengamal perubatan homeopati ini di tempat tinggal mereka.Tak seperti klinik-klinik perubatan moden yang begitu banyak tidak kira di mana jua sehingga mudah pula untuk dikunjungi.
    Saya rasa doktor boleh perluaskan perubatan homeopati ini di kalangan orang ramai sebagai salah satu alternatif sembuh secara semula jadi kerana tahap kefahaman pengguna terhadap ubat-ubatan sudah semakin meluas.
    Pengguna kini lebih peka dan arif pada soal penjagaan kesihatan kerana tahap pendidikan lebih tinggi di samping tidak lokek berbelanja bagi memastikan tahap kesihatan berada di paras maksimum.Uar-uarkanlah pengubatan homeopati agar masyarakat diberi pilihan yang lebih dalam usaha ke arah kesejahteraan diri serta keluarga.

    ReplyDelete
  2. saya baru 2 minggu ambil ubat untuk hamil.habis botol yg pertama.1 jam sekali makan tu..sambung botol seterusnya..3biji 3 kali sehari.setelah bertahun tak datang bulan.harini hari yg pertama dtg bulan.dah mula yakin.sebab tk de experience ambil ubat homeopati sebelum ni.moga usaha saya berhasil.

    ReplyDelete