Tuesday, November 17, 2009

Ini Berita Yang Menyejukkan Hati

09/11/2009 Lebih 80 negara manfaat homeopati  

CYBERJAYA University College of Medical Science (CUCMS) menawarkan kemasukan ke program Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy Disember ini. Homeopati adalah kursus sarjana muda pertama yang ditawarkan oleh Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari.

26/10/2009 CUCMS perkenal kursus perubatan homeopati

 
MENYEDARI potensi bidang perubatan alternatif kian mendapat tempat di pasaran antarabangsa, Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) memperkenalkan kursus Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopati mulai Disember ini. Selain memberi pilihan rawatan kepada pengguna, bidang yang pertama kali seumpamanya diperkenalkan di Asia Tenggara itu diyakini mempunyai pulangan yang baik kerana menurut kajian, lebih 80 peratus populasi di negara maju menggunakan rawatan alternatif.

 12/10/2009 Perubatan homeopati dimartabat

 
BUAT pertama kalinya di Asia Tenggara, sebuah kursus Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopati ditawarkan di Malaysia oleh Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS). Kursus ini dibentuk rentetan beberapa siri pertemuan dengan ahli Majlis Perubatan Homeopati Malaysia dan memperoleh kelulusan pelaksanaan oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

 07/08/2009 Perubatan alternatif

 
CYBERJAYA University College of Medical Sciences (CUCMS) menerusi Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplimentari (TCM) memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopati iaitu program ijazah pertama di Asia Tenggara bermula Disember depan. Provosnya, Dr Mohd Salmi Mohd Sohod, berkata program berkenaan mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia, Kementerian Kesihatan serta Majlis Perubatan Homeopati Malaysia.


12/06/2009 Tiga IPTS tawar kursus perubatan tradisional 


PUTRAJAYA: Sebanyak tiga Institusi Pengajian Tinggi Swasta Tempatan (IPTS) akan menawarkan kursus peringkat ijazah dan diploma dalam bidang perubatan tradisional mulai sesi pengajian September ini. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata tiga IPTS berkenaan ialah Kolej Universiti Antarabangsa Inti (Inti), Kolej Universiti Perubatan Sains Cyberjaya (Cybermed) dan Universiti Sains dan Pengurusan (MSU) yang masing-masing menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan Tradisional Cina, Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopati serta Diploma Perubatan Tradisional Cina.


 12/06/2009 Ijazah perubatan tradisional 


PUTRAJAYA: Mulai September ini, tiga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan akan menawarkan kursus peringkat ijazah dan diploma dalam bidang perubatan tradisional.

Lepas Geram Lagi!

Baru sahaja bertekak dengan seorang kawan yang menjadi eksekutif pemasaran sebuah syarikat membuat dan mengedar produk homeopati yang terkenal. Saya jadi panas hati sebab imej yang dibawa oleh syarikat ini ialah imej homeopati tetapi asyik sibuk dengan teh tarik, ubat gigi dan yang lain-lain agak jauh menyimpang dari soal memertabatkan perubatan homeopati.

Dengan kekuatan yang ada sepatutnya banyak program yang boleh dibuat sebagai contoh meniru apa yang dibuat oleh syarikat-syarikat pengeluar ubat iaitu dengan menganjurkan seminar penyakit dan menyediakan jalan penyelesaiannya iaitu penggunaan ubatan homeopati yang mampu merawat yang dihasilkan oleh kilang tersebut. Jawapannya, yang itu semua biarlah saya yang buat. Mereka lebih menumpukan kepada produk halal!. Kami memperkenalkan homeopati secara sampingan kerana tiada agensi kerajaan yang handak menjemput kami semata-mata kerana homeopati. Banyak produk yang masih diragui tahap halal yang dihasilkan oleh bukan Islam. Lebih banyak orang yang makan produk tidak halal berbanding orang yang sakit makan ubat homeopati! Peluang perniagaan ada depan mata jadi kami rebut sahaja. Syarikat kami bukan sahaja mengeluarkan produk homeopati malahan banyak produk lain. Fokus kami lebih kepada penghasilan produk halal.

Saya katakan kepada dia, ARQAM lebih dahulu dan lebih berjaya daripada apa yang anda buat. Inilah penyakit mereka yang melabel sebagai pejuang homeopati. Sibuk fokus kepada perkara yang jauh daripada homeopati kerana tiada keyakinan tentang keupayaan produk homeopati boleh duduk sebaris dengan produk lain. Sibuk buat perkara yang orang lain boleh buat. Orang lain boleh buatkan teh,kopi,ubat gigi,kicap,sos,sabun dan sebagainya tanpa kemahiran dalam perubatan homeopati.

Kalau anda sudah didalam bidang perubatan homeopati, sepatutnya bersikap lebih kreatif membangunkan produk berasaskan homeopati. Sebab tiada siapa yang hendak memperjuangkan sistem perubatan homeopati ini kalau mereka yang melabel diri sebagai pejuang menyibukkan diri dengan penghasilan produk lain yang lebih mendatangkan keuntungan. Produk yang orang lain yang bukan pejuang homeopati boleh buat. 

Bila ada orang lain yang tiada kene mengena dan tiada kelulusan dan kemahiran didalam  bidang homeopati mula menghasilkan produk homeopati, barulah nak berkokok. Sudah terlambat!

Mana dia ubat homeopati seperti Arnica, Belladona, Chamomilla, Digitalis, Euphrasia, Gelsemium hingga ke Zincum yang telah dihasilkan oleh kilang yang anda banggakan! Mana dia? Kalau diri sendiripun masih mengimpot ubat-ubat tersebut, janganlah mendabik dada mengatakan kami ada kilang sendiri dan mengeluarkan produk homeopati yang boleh jadi kebanggaan seluruh pengamal-pengamal homeopati di Malaysia.

Sebab itulah, bila dikatakan bahawa anda telah berada jauh dihadapan dan angkatlah senjata dan perisai mempertahankan homeopati.....jawapannya mudah....awak buatlah! Saya sahut cabaran itu dan saya telah mula melangkah walau perjalanan masih jauh. Ibarat patah sayap bertongkat paruh, gunung kudaki kudaki jua.