Monday, February 2, 2009

GELARAN PROFESOR

Sewaktu menyertai Program Khemah Bakti rawatan penyakit demam cikungunya di Felda Semencu lalu, YB Pn. Halimah Mansor menjelaskan betapa beruntungnya penduduk di Felda Semencu kerana kehadiran 4 orang 'Profesor' yang turun padang untuk memberikan rawatan. Jelas beliau lagi, amat sukar untuk mendapat khidmat 'Profesor' dan sangat-sangat beruntung penduduk di Felda Semencu.

Saya tersenyum sendirian ditemani Dr. Ibrahim disisi. Saya cuba untuk merungkai gelaran ini secara sepintas lalu.

Perkataan Profesor berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud seseorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains atau sastera. Didalam negara yang mengamalkan pengajaran didalam bahasa inggeris, gelaran profesor merujuk kepada tenaga pengajar senior yang menjawat jawatan ketua jabatan atau 'kerusi' yang dianugerahkan khusus kepada individu tertentu.

Di negara seperti UK, Ireland, Afrika Selatan, Australia dan New Zealand, gelaran ini digunapakai merujuk kepada jawatan tertinggi tenaga pengajar di universiti. Manakala di US, Kanada dan HongKong, gelaran ini diperluaskan kepada pensyarah atau pengkaji yang berkhidmat di kolej atau universiti tanpa mengira status. Di Austria, Brazil, France, Kosovo, Romania, Slovenia, Serbia, Poland dan Itali memperluaskan lagi penggunaanya sehingga kepada guru-guru yang mengajar di sekolah menengah.

Amalan yang berlaku di universiti eropah, profesor adalah  gelaran terhadap jawatan yang dipegang berdasarkan pencapaian kajian akademik. Gelaran lain diberikan sebagai pensyarah atau pembantu pensyarah.

Biasanya tenaga pengajar diberi gelaran pembantu profesor kemudian profesor madya sebelum diangkat menjadi profesor penuh.Gelaran ini mempunyai jangkahayat sehingga bersara daripada memegang jawatan.  Jawatan ini diberi setelah dinilai sumbangan hasil kajian,pengajaran dan juga pentadbiran. Ia mengambil masa 5-6 tahun setelah mendapat jawatan Profesor madya. Sokongan daripada pemerhati luar, laporan kajian oleh rakan sejawat, panel penilai universiti, dekan atau badan yang lebih tinggi. 

Saya berasa cukuplah pandangan rendah para doktor alopati (moden) terhadap homeopati.  Jangan ditambah dengan gelaran yang menunjukkan kedangkalan dan kejahilan doktor homeopati. Buangkanlah gelaran yang sengaja ditambah sendiri. Memalukan dan memualkan. Cukuplah dengan memberikan khidmat terbaik kepada para pesakit sehingga anda sendiri memang telah dianugerahkan gelaran profesor daripada kolej atau universiti yang mana anda sedang berkhidmat. Saudara Aznil berlakon sebagai Profesor Klon didalam filem Cicak Man. Terlalu ramai Profesor Bogus sungguh merimaskan saya.


No comments:

Post a Comment