Tuesday, November 17, 2009

Lepas Geram Lagi!

Baru sahaja bertekak dengan seorang kawan yang menjadi eksekutif pemasaran sebuah syarikat membuat dan mengedar produk homeopati yang terkenal. Saya jadi panas hati sebab imej yang dibawa oleh syarikat ini ialah imej homeopati tetapi asyik sibuk dengan teh tarik, ubat gigi dan yang lain-lain agak jauh menyimpang dari soal memertabatkan perubatan homeopati.

Dengan kekuatan yang ada sepatutnya banyak program yang boleh dibuat sebagai contoh meniru apa yang dibuat oleh syarikat-syarikat pengeluar ubat iaitu dengan menganjurkan seminar penyakit dan menyediakan jalan penyelesaiannya iaitu penggunaan ubatan homeopati yang mampu merawat yang dihasilkan oleh kilang tersebut. Jawapannya, yang itu semua biarlah saya yang buat. Mereka lebih menumpukan kepada produk halal!. Kami memperkenalkan homeopati secara sampingan kerana tiada agensi kerajaan yang handak menjemput kami semata-mata kerana homeopati. Banyak produk yang masih diragui tahap halal yang dihasilkan oleh bukan Islam. Lebih banyak orang yang makan produk tidak halal berbanding orang yang sakit makan ubat homeopati! Peluang perniagaan ada depan mata jadi kami rebut sahaja. Syarikat kami bukan sahaja mengeluarkan produk homeopati malahan banyak produk lain. Fokus kami lebih kepada penghasilan produk halal.

Saya katakan kepada dia, ARQAM lebih dahulu dan lebih berjaya daripada apa yang anda buat. Inilah penyakit mereka yang melabel sebagai pejuang homeopati. Sibuk fokus kepada perkara yang jauh daripada homeopati kerana tiada keyakinan tentang keupayaan produk homeopati boleh duduk sebaris dengan produk lain. Sibuk buat perkara yang orang lain boleh buat. Orang lain boleh buatkan teh,kopi,ubat gigi,kicap,sos,sabun dan sebagainya tanpa kemahiran dalam perubatan homeopati.

Kalau anda sudah didalam bidang perubatan homeopati, sepatutnya bersikap lebih kreatif membangunkan produk berasaskan homeopati. Sebab tiada siapa yang hendak memperjuangkan sistem perubatan homeopati ini kalau mereka yang melabel diri sebagai pejuang menyibukkan diri dengan penghasilan produk lain yang lebih mendatangkan keuntungan. Produk yang orang lain yang bukan pejuang homeopati boleh buat. 

Bila ada orang lain yang tiada kene mengena dan tiada kelulusan dan kemahiran didalam  bidang homeopati mula menghasilkan produk homeopati, barulah nak berkokok. Sudah terlambat!

Mana dia ubat homeopati seperti Arnica, Belladona, Chamomilla, Digitalis, Euphrasia, Gelsemium hingga ke Zincum yang telah dihasilkan oleh kilang yang anda banggakan! Mana dia? Kalau diri sendiripun masih mengimpot ubat-ubat tersebut, janganlah mendabik dada mengatakan kami ada kilang sendiri dan mengeluarkan produk homeopati yang boleh jadi kebanggaan seluruh pengamal-pengamal homeopati di Malaysia.

Sebab itulah, bila dikatakan bahawa anda telah berada jauh dihadapan dan angkatlah senjata dan perisai mempertahankan homeopati.....jawapannya mudah....awak buatlah! Saya sahut cabaran itu dan saya telah mula melangkah walau perjalanan masih jauh. Ibarat patah sayap bertongkat paruh, gunung kudaki kudaki jua.

No comments:

Post a Comment